Sunday, November 6, 2011

Remaja Bermaklumat Bijak Bertindak AIDS Dielak

Kenapa remaja perlu tahu tentang AIDS?

> penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus iaitu HIV
> memusnahkan kehidupan alam remaja
> KEHILANGAN rakan sebaya dan keseronokan alam remaja
> mengancam nyawa anda dan nyawa rakan-rakan anda
> kesengsaraan dan kematian di usia muda

Oleh itu...


> Hindarilah tingkah laku berisiko tinggi seperti seks di luar perkahwinan
> Jangan terlibat dengan DADAH

Seks di luar perkahwinan

> hubungan seks khususnya dengan mereka yang tidak diketahui status kesihatan boleh terdedah dengan HIV
> perasaan untuk berpasangan adalah sebahagian dari proses pembesaran remaja dan ia normal
> TETAPI perasaan ini perlu dikendalikan dengan BIJAK
> JANGAN dedahkan diri dengan BAHAN LUCAH, ARAK dan BERPELESERAN

Pengambilan dadah

> memang menjadi lumrah remaja ingin mencuba perkara-perkara baru dan mencari identiti diri.
> jangan terpengaruh dan terpedaya dengan pelawaan dan pujukan
> bertindak bijak dan tegas dalam membuat keputusan

Amalkan nilai - nilai murni

> dekatilah diri anda dengan agama
> hormatilah orang tua
> bantulah rakan yang memerlukan bantuan
> pilih rakan yang mempunyai akhlak baik
> penuhi masa lapang dengan bersukan
> berkongsi perasaan dengan ahli keluarga, guru dan rakan
> tingkatkan pengetahuan mengenai HIV dan AIDS
> SAYANGI DIRI ANDA

No comments:

Post a Comment